Pengenalan

Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat (MTMU) adalah sebuah institusi pengajian Islam yang ditubuhkan bermula pada tahun 2001 di Jalan Kuari Sungai Long Hulu Langat dengan jumlah bilangan ketika itu 3 orang guru, 30 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan yang belajar di bahagian Hafiz / Hafizah. Kemudian pada tahun 2004 telah di buka kelas dibahagian Alim / Alimah.

Nama asal maahad ini ialah Maahad Tahfiz Sheikh Mohamad Salahuddin Al-Amin dan nama ini diguna pakai sehingga April 2008 dan diubah kepada nama Maahad Tahfiz Miftahul Ulum untuk tujuan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dengan no pendaftaran sementara SPS/PRP/8/6(SEM)-289. Kemudian pada 7 Mei 2012 pendaftaran ini telah diperakukan dibawah pendaftaran Sekolah agama Islam Negeri Selangor dengan no pendaftaran 13S(3)4/12.

Tenaga-tenaga pengajar Maahad Tahfiz Miftahul Ulum adalah terdiri daripada guru-guru lelaki & wanita lepasan dalam dan luar Negara yang berkemahiran dalam bidang Ulumul Quran Wal-Hadis yang terdiri daripada 34 orang. 16 orang daripadanya mengajar di bahagian Hafiz / Hafizah dan 18 orang lagi mengajar dibahagian Alim / Alimah. Namun sebarang pertambahan dan pengurangan bergantung pada keadaan semasa.

Pelajar-pelajar maahad ini terdiri daripada lelaki (banin) dan perempuan (banat). Bilangan keseluruhan pelajar lelaki adalah 193 orang dan bilangan perempuan adalah 172 orang berjumlah 365 orang pelajar. Terdapat lebih kurang 80 orang pelajar luar Negara yang belajar di Maahad ini daripada Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, China, Indonesia, Bangladesh, Singapura dan Brunei. Bilangan pelajar berubah dari masa ke semasa.