Bayar Zakat

Borang Zakat Online

MTMU memohon jasa baik YB/Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk berzakat bersama MTMU untuk membiayai kos saraan pelajar-pelajar miskin luar negara, bayaran utiliti, elaun tenaga pengajar dan pekerja, dan sebagainya. Sesungguhnya MTMU terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia dilaksanakan disebabkan pandemik Covid19.

Untuk makluman, MTMU telah dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai Penolong 'Amil untuk mengutip semua jenis zakat. Segala kutipan zakat akan diserahkan kepada pihak LZS untuk diagihkan kepada yang berhak menerima zakat.

Segala sumbangan yang dihulurkan oleh kalian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga kalian mendapat manfaat berupa pahala dan ganjaran di akhirat hasil daripada bacaan Al-Quran dan amalan-amalan yang dilakukan oleh pelajar di madrasah ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Razak (019-775 9395) atau Sdra. Firdaus (013-652 9554).

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." – Surah At-Taubah (ayat 103)


Bayar Zakat

Anda boleh membuat pembayaran zakat melalui Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum selaku Penolong 'Amil, secara online:-




Untuk penghantaran resit bayaran.
Untuk komunikasi antara penyedia sistem pembayaran dan anda, jika perlu.

Anda akan dibawa ke laman web gerbang pembayaran online kami untuk transaksi online yang selamat.


ToyyibPay